ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 8 Januari 2012

Pas pecat Hasan Ali

PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.
 
Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.
Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com.

Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

Hasan sedih

Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali pula menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu."Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.[sumber]

*Cuak aku..Parti pun sedih dengan tindakan datuk...kih kih kih

1 Pengkritik Yang Cuak:

  1. huhu. ntahlah...=)


    jom baca sekejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...