ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 28 Januari 2012

Nyamuk gergasi

Penduduk di Kampung Sumarran di Sulawesi Barat digemparkan dengan kehadiran seekor nyamuk gergasi berukuran tujuh sentimeter dan mempunyai sayap berukuran 2.5 sentimeter.  


Haiwan tersebut ditemui bersama kumpulan nyamuk lain di sebuah masjid ketika para jemaah mahu menunaikan solat Maghrib. Para jemaah kemudiannya menangkap nyamuk itu beramai-ramai.

Penangkapan nyamuk itu dipercayai merupakan yang terbesar di Indonesia dan haiwan tersebut disimpan di rumah seorang daripada penduduk.

Penduduk kampung, Harli Mulyadi berkata, dia bimbang haiwan tersebut membiak di kampung tersebut yang pernah dilanda kes demam denggi berdarah dan cikungunya.

"Jika nyamuk ini membiak di daerah ini, ia akan mengancam keselamatan dan kesihatan penduduk di sini," katanya kepada news.okezone.com.

Katanya lagi, kampung tersebut merupakan sebuah kawasan yang memiliki suhu lembap, sekali gus berpotensi untuk pembiakan nyamuk.

Penduduk kampung juga berharap kerajaan dan Kementerian Kesihatan dapat menyelesaikan masalah itu dengan melakukan penyemburan asap bagi menghapuskan pembiakan nyamuk gergasi berkenaan.[sumber]
 
*Cuak aku..sekali dia hisap darah boleh kering ni..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. boleh buat jadi bodygound ni hehehe

    BalasPadam
  2. waahhh..mmng bsar..errr..agak2 tmpat parking hisap darah dia kat mana ek? =.="

    BalasPadam
  3. Ini bukan lalat kekeria atau Crane fly ke? Ia x hisap darah sebenarnya, rupa je mcm nyamuk. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...