ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 4 Januari 2012

Nur Amalina mangsa fitnah

“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri.


Sabariah berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.

Menurut Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland, United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.

“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke Malaysia.

“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.[sumber]

*Cuak aku..Mak dia sendiri dah jawab..mak dia sendiri yang belikan dan suh pakai mcm tu..jadi korang tak leh la bising2 dan fitnah2 ok..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. haa..kan mak dah tolong jawab tu..
    tak baik tuduh2..kita tak penah tahu cemana hidup dia kt sana. senang2 je org sebarkn fitnah..

    BalasPadam
  2. makna nyer mak dia rela la ye..mmmmm x tau nk kata pa

    BalasPadam
  3. tu laa..kan da cakap..xpe ape2 isu yang besar pun jadi..cuma isu dosa dia kepada tuhan jer..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  4. alahai..bior jelar diyeee...hidup diyee..kubur masing2..hikhik..harap2 dia brubahla ke jalan yg benar.Amin..

    BalasPadam
  5. oh.mak dia ke yang belikan.baru tahu.

    terima kasih mak belikan seluar camni kat saya..saya suka sangat..;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...