ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 10 Januari 2012

Nabil, Kenchana DJ Suria FM

Juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil tidak dapat menyembunyikan rasa terujanya apabila ditawarkan sebagai salah seorang penyampai radio itu.

Menurutnya, sebelum menerima tawaran itu pada Disember 2011, dia pernah berkhidmat untuk stesen radio Sinar FM dan Hot FM pada tahun lalu sebagai deejay jemputan.

“Bermula dari situ saya mula meminati bidang penyampai radio ini dan tawaran ini sememangnya bermakna buat saya. Ada juga yang beri tawaran kepada saya untuk menjadi penyampai sepenuh masa, tetapi saya terpaksa tolak kerana jadual saya terlalu padat.

“Saya mula tertarik dengan Suria FM sejak Shira berkhidmat sebagai penyampai di sini. Kami rapat dan saya selalu mengikutnya ketika dia sedang bertugas," katanya.

Nabil berkata, dia teruja dan tidak sabar untuk menceriakan pendengar menerusi segmen yang bakal dikendalikannya bersama Kencana dan Halim.

“Tidak menjadi masalah kepada saya untuk menjadi penyampai radio memandangkan sebelum ini saya pernah melakukannya.

“Mengenai karier seni pula, saya masih akan melakukan penggambaran lain seperti biasa tetapi saya hanya akan lakukannya setelah tamat waktu bekerja,” katanya.

Bagi Kenchana Dewi pula, peluang menjadi penyampai tidak mungkin disia-siakan kerana dia mahu mencuba semua peluang yang diberikan kepadanya.

“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan menerima tawaran ini kerana saya mahu mencabar diri saya untuk mencuba sesuatu yang baru.

“Bagi saya tawaran ini sesuai dengan jadual saya dan ianya bakal memberi satu pengalaman berharga buat saya,” katanya.

Menyentuh perkembangan terbarunya, Kenchana berkata, dia kini sedang menjalani penggambaran sebuah rancangan wanita berbahasa Tamil, selain akan membintangi sebuah drama terbitan RTM.

Sama seperti Nabil, Kenchana juga tidak keberatan untuk terus aktif dalam bidang lakonan, namun hanya akan menjalani penggambaran selepas selesai menjalankan tugasnya.[sumber]

*Cuak aku..

2 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...