ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 13 Januari 2012

Malaysia muflis 2019

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  berkata Malaysia akan muflis menjelang 2019 sekaligus menunjukkan rakyat perlu menukar kerajaan supaya Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan negara.

Ini berikutan pengesahan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mendedahkan nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun sehingga 2012.

Menurut Felo MIER, Mohd Ariff Abdul Kareem, sekiranya Kerajaan Persekutuan terus meminjam seperti sekarang, nisbah hutang kepada KNDK negara akan mencapai 100% ataupun menyamai KDNK menjelang tahun 2019.

“Pengesahan dari MIER bahawa Malaysia akan bankrap menjelang 2019 dengan nisbah hutang kepada KDNK 100%, menunjukkan keperluan untuk menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang supaya PR boleh menyelamatkan negara daripada kemuflisan,” kata Guan Eng dalam kenyataan media.[sumber]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

*Nanti ada pulak yang kata MIER ni pembangkang..

Sebelum cakap fikir dulu..cuba kecilkan situasi ni dari sebuah negara ke sebuah keluarga dimana ketua keluarganya seorang ayah yang  boros,rasuah dan suka berjoli..si ibu pulak jenis yang suka melaram..Dalam keluarga ni ada 3 orang anak..

Anak A cuba nasihatkan ayanhnya,supaya beringat2 jika tak dikawal boleh menyebabkan dapur tak berasap dan dengan hutang yang banyak kemungkinan ayahnya akan diistiharkan muflis seterusnya hidup mereka merempat

Anak B menyokong tindakan ayah kerana setiap pagi ayah akan bagi duit belanja (gula2) sebelum ke sekolah..dan dengan sinis si B menyuruh ayah jangan bagi duit belanja kepada A kerana A ni suka membantah dan tidak menghormati ayah

Anak C pulak leka main internet tak pedulikan keadaan keluarga  asalkan dia boleh main internet dengan aman serta dapat keluar dengan kawan2 dihujung minggu dengan aman cukup lah..kiranya si C ni fikir lantak la apa nak jadi..janji tak kacau dia sudah..

Sekarang dimanakah kita..adakah A,B atau C.?  Tapi di malaysia Alhamdulilah nampaknya ramai yang C..asalakan negara aman damai..hal lain tak peduli.

Selamatkan keluarga kita Selamatkan malaysia..

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. jom kita ubah pimpinan......kasi pakatan perintah kita tgk mcm ner pulak dakah bagus untuk rakyat

    BalasPadam
  2. deme dah konker negara ni...ssh sket la nak tukaQ pucuk pimpinan...depa berkuasa...

    pape pOn Allah Maha Berkuasa...semOga negara kita selamat dari muflis....

    BalasPadam
  3. err .. berani ker ambil risiko ..????

    BalasPadam
  4. hehe...sebab aku pakar ekonomi so tatau laa aku nak komen bab ape...hehe..tapi bab tukar kerajaan tu..jeng..jeng..jeng..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  5. huhu xdapat bygkan kalu PR yg pegang malaysia.. tgok la kelantan... mna ada kemajuan.. tu asik banjir.. hohoho...

    BalasPadam
  6. tanpa nama: suka la jawapan ko tu... terbaik punya jawapan..jawapan bangang...kih kih kih kih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...