ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 3 Januari 2012

Makanan ringan berbahaya

Kajian terbaru mendapati makanan ringan atau jajan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambah berat badan tetapi ia turut merosakkan otak.

Ini berikutan bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses, menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak.Keadaan itu menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, Gene Bowman berkata, pada dasarnya, dengan makan makanan ringan, otak lama-kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan dan membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.

‘‘Ia jelas lemak trans tidak baik untuk jantung dan otak,’’ katanya.Kerosakan otak merupakan perkara terbaru dalam senarai masalah kesihatan yang berlaku ekoran pemakanan lemak trans atau lemak tidak tepu.

Walaupun, kajian Bowman agak terhad kepada responden di kalangan golongan berumur berkulit putih di Oregon, tetapi ia disokong oleh kajian-kajian sebelum ini yang mengutarakan perbezaan kesan makanan ringan yang sedap dan tidak sedap.Restoran di New York dan Switzerland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans.[sumber]

*Cuak aku..Kecik2 dulu minat la..skang tak berapa la..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...