ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 30 Januari 2012

Kotak khas untuk ‘buang’ bayi

Wilayah Krasnodar menjadi kerajaan tempatan pertama memperkenalkan kotak khas untuk meninggalkan bayi di Russia sejak November lalu, lapor media semalam.

Berada di selatan Russia, Krasnodar menyediakan lima kotak berkenaan bagi membolehkan mana-mana ibu yang tidak mahukan anak mereka menyerahkannya kepada pihak yang berkenaan tanpa dikenali.

Tiga kotak pertama dipasang di Sochi, Novorossiysk dan Armavir.Menjelang akhir bulan, seorang bayi perempuan ditinggalkan di situ.

Ketua Jabatan Kesihatan Krasnodar, Elena Redko, berkata langkah itu diambil bagi menyediakan perlindungan untuk bayi tidak dikehendaki.

“Ia lebih baik daripada bayi terbabit ditinggalkan dalam tong sampah,” katanya.Menurut Elena, bayi perempuan itu kini sihat dan diserahkan kepada pegawai penjagaan kanak-kanak.

“Saya rasa dia akan diambil sebagai anak angkat tidak lama lagi kerana di wilayah ini, tak ramai bayi dan berbanding keluarga yang mahukannya,” katanya. Langkah itu menyusuli tindakan sebuah badan kebajikan kanak-kanak Afrika Selatan yang memperkenalkan pusat penyerahan bayi tahun lalu.

Disediakan Tabung Kanak-kanak Out of Africa, ia dipasang di pusat komuniti di Cape Town bagi membolehkan mana-mana ibu meninggalkan bayi mereka tanpa memperkenalkan diri.[sumber]

*Cuak aku ..Pendapat korang ok ke..?ok jugak pada buang merata2..tapi kalau di buat kat malaysia ada ke yang berani nak letak dalam kotak khas tu..nanti dia fikir ada CCTV lak..kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. umpama menahan 'denak burung'...kalau burung tu bijak takkan mau dia mendekati..

    BalasPadam
  2. macam2 hal lah...orang yang ada anak, g buang anak....pandai buat, tapi tak pandai nak tanggung

    BalasPadam
  3. kalau macam nie..lagi la semangat org nak buang anak..hhuhuhu

    BalasPadam
  4. Ok jugak kan drpd buang merata2.. Kesian bayi2 yg tak berdosa tu.. Tp kn kl buat cmni tak rasa mcm seolah2 menggalakkan pembuangan bayi ke ?.. Emm apa nk jadi dgn dunia skrg kn.. Anak tu amanah Allah yg pttnya dijaga dgn baik.. Tp skrg sebaliknya yg berlaku

    BalasPadam
  5. haa..ngamla tu juga..xdala jg kena buang smpai mati tu baby..bgus3..xthan uda nii asyik dgar buang bayii..kesiann bah tuu baby kena buang2..:)

    BalasPadam
  6. kesiannya... macam mana laa diorang boleh sanggup tinggalkan anak sendiri. darah daging sendiri

    BalasPadam
  7. errr...makin brtambah la bayi..errr..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...