ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 3 Januari 2012

Keputusan liwat II: 100,000 berhimpun 9 Jan ini

Walaupun polis melarang semua pihak berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini, Pakatan Rakyat akan tetap menggerakkan penyokongnya hadir memberikan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kes tuduhan liwat.

NONE"Insya-Allah, saya, seluruh pimpinan (Pakatan) dan seluruh rakyat Malaysia akan hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama Datuk Seri Anwar pada hari tersebut," kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali (tengah, baju biru belang).

Bercakap selepas memberi taklimat kepada Majlis Pimpinan Pusat, ahli Parlimen dan ADUN PKR hari ini, Azmin menegaskan Pakatan akan menggerakkan 100,000 penyokong pada hari itu.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.

"Justeru saya memberi jaminan bahawa kepimpinan PKR akan terus menerajui agenda rakyat," kata dalam sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, semua ahli parlimen dan ADUN PKR termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman.

Mengulas lanjut berhubung perhimpunan itu, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata PAS juga memberi jaminan dan pengakuan bahawa parti itu akan menggerakkan penyokongnya dalam perhimpunan pada hari tersebut.[sumber]


*Cuak aku..cukup lah aku print scrn pengomen atas ni..sebab aku fikir pun macam tu jugak..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. salam kenal dan dofollow sini

    time 1998.. akak masih sekolah, ikut abah p tengok kempen 'puak sebelah'.. mak datuk, lautan manusia... tapi x da benda pun berlaku, orang ramai mendengar dan yg berkempen berapi2 bercakap.. tapi sekarang, macam yg adik kata le,..

    dia orang takut pd bayang2 sendiri...

    BalasPadam
  2. hahaa..orang kita memang suka berkumpul..dari polis,student IPT, mat rempit hingga lah rakyat jelata..hehehe.. :)nanti cuba kita try kumpul 100,000 blogger plak..hehehe


    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...