ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 6 Januari 2012

Duit palsu jadi hantaran kahwin

Kegembiraan seorang ibu tunggal menerima menantu baru, bertukar peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas palsu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Juli berkata, dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku, apatah lagi urusan perkahwinan anak perempuannya dibuat secara teratur dan mengikut adat.

Katanya, majlis perkahwi nan anak perempuannya itu diadakan secara serentak dengan majlis menghantar tanda, tunang dan akad nikah pada 1 Januari, lalu.

Katanya, setelah menerima barang hantaran dan wang belanja sebelum akad nikah dilangsungkan, dia membawa barang itu ke dalam bilik untuk diperiksa.

Namun begitu, dia terkejut apabila membuka bingkai kayu tempat wang itu diletakkan, dan mendapati ia adalah wang palsu.

Juli segera memberitahu bekas suaminya yang hadir sebagai wali untuk anak perempuannya dan meminta menghentikan pernikahan itu. Bekas suaminya menolak kerana bimbang keputusan itu akan mengaibkan keluarga mereka.

Tetapi, Juli berkeras kerana wang hantaran adalah hak anaknya dan perkara itu menyalahi adat dan perjanjian kedua-dua keluarga. Namun, upacara akad nikah diteruskan dan sebaik saja ia selesai, perkara itu diberitahu kepada suami anak perempuannya.

Suami anak perempuannya, yang dikenali sebagai Joe merasa terkilan dengan ibu bapanya yang menyediakan “wang palsu” untuk hantaran.

Setelah berbincang, keluarga Joe bersetuju untuk menggantikan wang palsu itu dengan wang pendahuluan B$1,000 (RM2,427) kepada pihak perempuan. “Yang buat saya terkejut, kenapa beri wang palsu dan perkara itu tidak dibincang dulu,” kata Juli.

Kata Juli, setelah ditanya kepada menantunya, Joe memberitahu, ibu bapanya berbuat demikian “kerana mereka tidak mempunyai wang.”[sumber]

*Cuak aku..Kalau kat malaysia dah lama family lelaki tu kena saman ..kih kih kih

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. owh nie bukan kat m'sia ke? cuakk gak tuu..huhu

    BalasPadam
  2. salam;
    yalah...kalau di negara kita kompem kena salam juta2.

    BalasPadam
  3. mesti mak dia mintak hantaran mahal..
    ala..tak de duit hantaran pun boleh akad nikah pe...
    tapi kalau tak de duit tak payah la bagi duit palsu..menipu dah namanya tu..

    BalasPadam
  4. Adoyai..ada jg bgini ya..ahaha..mau diperiksa dlu ni sebelum kawin..hikhik

    BalasPadam
  5. mcm2...kalu xde duit ckp je la...kn da malu

    BalasPadam
  6. bukankah anak lelaki itu yang perlu menyediakan wang hantaran, kenapa mak ayah dia pula kena tanggung. kalau tiada duit, tak perlulah buat meriah2 kan.

    BalasPadam
  7. aik guna duit makayah lelaki ke? bukan pengantin laki tu sendiri?? cuak aku ni wei...

    BalasPadam
  8. Sungguh memalukan..saman je lah! huh

    BalasPadam
  9. Sampai hati bagi wang palsu utk hantaran. Tak fikir kah dorang tu akan jadi saudara sendiri jugak lepas ada ikatan perkahwinan?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...