ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 29 Januari 2012

Anugerah juara lagu ke 26 malam ini

12 finalis yang akan menghangatkan anugerah juara lagu malam ini ialah Yuna menerusi lagu Gadis Semasa dan Penakut, Alyah (Kisah Hati), Hafiz (Awan Nano), 3 Suara (Beribu Sesalan) dan Atilia & Monoloque (Kekanda Adinda).

Turut ke final AJL26, Najwa Latif (Cinta Muka Buku), Aizat (Sungai Lui), Projek Pistol (Wanita Seluruh Dunia), Shohaimi Mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet (Kalau Berpacaran), Jaclyn Victor (Sedetik Lebih) dan Faizal Tahir (Karma).

Sudah pasti beberapa buah lagu dijangka mampu memberikan saingan sengit malam nanti. Antara nama yang dijangka mampu menggondol kategori Lagu Terbaik termasuklah lagu Penakut nyanyian Yuna yang disebut paling layak menang bersandar melodi dan liriknya.

Tapi kekuatan yang ada pada beberapa lagu lain juga tidak boleh dipandang remeh terutama lagu Sungai Lui nyanyian Aizat dan lagu Beribu Sesalan dendangan Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah yang cukup diminati ramai itu.

Lirik lagu yang terpahat dalam lagu Sungai Lui tidak kurang hebat sama seperti lagu Awan Nano yang dicipta oleh Datuk M. Nasir nyanyian Hafiz.

Kekuatan inilah yang meletakkan dua lagu ini berpotensi besar untuk menang walaupun tiada siapa yang tahu keputusan penuhnya lagi.

Selain lagu-lagu yang disebutkan di atas, beberapa pemerhati industri muzik tempatan turut meramalkan lagu Wanita Seluruh Dunia dan lagu Kisah Hati mampu memberikan saingan.

Kedua-dua lagu nyanyian Projek Pistol dan Alyah ini dilihat ada kelainan dari sudut komposisi lagu yang lari daripada kebiasaan.

Apa pun lagu yang diangkat sebagai Lagu Terbaik nanti, sudah pasti khalayak kita mengharapkan ada pembaharuan yang bakal ditampilkan oleh keseluruhan finalis kali ini.

Setidak-tidaknya sebuah lagu yang akan diangkat nanti mampu memberikan impak kepada keseluruhan industri seni seterusnya memacu kecemerlangan kepada bidang yang cukup besar cabarannya pada masa hadapan.

*Cuak aku..lagu mana bakal jadi juara.?.tapi lagu yang aku dah muak dan bukan lagi cuak lagu muka buku..kih kih kih

7 Pengkritik Yang Cuak:

  1. KAK BUI RASA AWAN NANO AKAN JD JUARA..AMIN..HEHE

    BalasPadam
  2. Semuanya hebat2 belaka tp tak minat sgt ngn lagu awan nano tu.. Huuhu

    BalasPadam
  3. err..jgn jd mcm sblom ni sdah la..penuh dgn kjutan ja..huhu

    #tak sbar nk tunggu sape pmenangnya =)

    BalasPadam
  4. ladu M nasir memang hebat2 belaka..lirik dia tu kadang2 lain macam skit..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...