ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 29 Januari 2012

ada video 'lebih dahsyat'- Datuk T

Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat". 

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.[sumber]

*Cuak aku..sudah2 la tu..nak jatuhkan anwar je kena cerita sex ke..naik muak dah aku..fikir la idea lain..pasal anwar rasuah ke..pasal anwar buat rumah banglo ke..pasal anwar beli kondo guna duit lembu ke..ini tidak video sex.. video sex..jangka hayat umngok  kat cerita sex je la..kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. entah bila nak settle entah...muak da ni...tak habis2...hee~

    BalasPadam
  2. ish,mnyampah dah nii blik2 psal *** nii!xhbis2 nak mnjatuhkn org jerr..ingatlar weii,umur dah nak lnjut,msa utk taubt..bukannya nak mmfitnah n mmbuka aib org..tp,biarkn ja la..smpai kemna dorg nak bt,kubur masing..pandai2la nak mrnungkannya..


    #amboii,ayat,xsyang mulut niii,hikhik

    BalasPadam
  3. umno dan sex tidak boleh dipisahkan...ngeh ngeh ngeh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...