ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 3 Februari 2012

Ani Mayuni dipukul suami

Penyanyi dangdut dan pelakon, Ani Mayuni membuat laporan polis mendakwa dipukul dan ditendang suaminya selain kepalanya turut dihentak ke dinding bilik di rumah mereka di Desa Rejang, di sini, semalam.

Dalam laporannya, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, tangan, dada dan leher.

Sebelum kejadian itu, Ani dikatakan menghubungi suaminya yang berada di luar rumah dan memintanya membeli sarapan.

Bagaimanapun, sebaik pulang ke rumah kira-kira 30 minit kemudian, suaminya terus meluru masuk ke dalam bilik dan mengasarinya.

Bagaimanapun, artis yang popular dengan lagu Sedap itu bernasib baik apabila abang kandungnya yang kebetulan datang ke rumah menyelamatkan dia daripada terus dipukul.[sumber

*Cuak aku..macam2 hal..

9 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ngee..kurang ajo benor laki die tu..huh!! xboleh djdikan suami lgsung..=.="

    BalasPadam
  2. LELAKI DAYUS PUKUL POMPUAN..MENCIIII

    BalasPadam
  3. ermmmmm... bila marah menguasai diri n x tau nak ctrl kan???

    BalasPadam
  4. suh bli sarapan...balik umah leh plak kena bantai adoyai~~

    BalasPadam
  5. apa punya laki.,...kalau ye pun takkan sampai nk pukul teruk2 cmtu. isteri pulak tu.....ish!! perangai memalukan kaum lelaki je pukul perempuan

    BalasPadam
  6. agk nyer da lama dia wat keje ni cuma ani x mengadu je.yelah nnt yg malu dia sendiri sbb bini selebriti kn..

    BalasPadam
  7. kesian sangat dekat mangsa2 dera nie...kaum lelaki jangan la dera kaum wanita....kami nie tak sekuat korang...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...