“Biarpun dia jadi buruan polis dan seorang pengedar dadah, saya tetap menyintainya malah sanggup jadi isteri jika dia sudi terima saya.”
Demikian luah seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), di sini ketika ditemui Sinar Harian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Lebih mengejutkan apabila penuntut tahun pertama jurusan teknologi maklumat itu sanggup kahwin lari sekiranya ibu bapanya menghalang.
“Buat masa ini ibu bapa saya tidak mengetahui mengenai hubungan kami, namun saya akan maklumkan kepada mereka apabila tiba masanya kelak,” katanya.
Kata penuntut yang hanya mahu dikenal sebagai Dila ini, dia tidak kesal menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki terbabit biarpun tahu jenayah yang dilakukan.
Gadis berasal dari Temerloh, Pahang itu juga mengakui, sebelum ini dia tidak tahu bahawa teman lelakinya seorang kaki dadah sehinggalah dihubungi polis kerana komputer riba miliknya berada dalam simpanan lelaki berkenaan.
Dila memberitahu, dia dihubungi polis setelah teman lelakinya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu ditahan di sebuah rumah dekat Jalan Bunga Raya.
“Saya kenal dia dua bulan lalu, kami berkenalan di sebuah kedai makan dan mula bertukar nombor telefon.“Sejak itu kami makin rapat dan sering bertemu,” katanya yang hadir di balai polis untuk menuntut komputer riba miliknya,
Dila berkata, biarpun tahu teman lelaki itu bakal dihadapkan ke mahkamah, cintanya tetap tidak berubah.“Biarpun baru tahu jenayah yang dilakukan tetapi saya tetap tidak dapat melupakannya,” katanya.
Demi cinta, dia sanggup menunggup teman lelakinya itu menjalani hukuman asalkan dapat menjadi suri dalam hidup suspek.
Buat masa ini, kata Dila, dia merahsiakan hubungan mereka kerana dia masih belum habis belajar manakala teman lelakinya tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Suspek, 21, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik setelah mendapati remaja yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu disyaki menjadi dalang utama membekalkan dadah jenis pil kuda kepada penagih tempatan.[sumber]

*Cuak aku..ini lah pelajar IPT yang kita cari..pandai dalam pelajaran dan pandai jugak buat keputusan..memang terbaik lah..harap pelajar ni berjaya menghabiskan duit mak bapak di IPT dan berjaya kawin lari..Korang pun tolong la bagi kata semangat kat awek ni..kih kih kih
xtahan ayat bwah skli tu...support die okeh....
BalasPadam*baru 2 bulan kenal...ingat da bertahun .. :))
uh, buta sungguh! br 2 bln igt da 2 thn...lom kawen bleh la ko ckp mcm tu da kawen nt br la kau tau langit tu tggi ke rendah...
BalasPadamaihh..hairan kdg2 dgn org mcm ni...ada akal fikir la..tahu la bezakan mana baik mana tak kan...ni tidak..huhu~
BalasPadaminilah maksud sebenar cinta buta..
BalasPadamminda dah diracuni dengan ayat2 manis gini le jadinya.. hish2.. ini ke dinamakan cinta sejati? haha.. akal pendek lagi nie. Hope Allah ampunkan dosanya dan tunjukkan dia jalan yang benar :)
BalasPadamKalau betul lah dia kahwin dengan mamat tu. Derita yang menanti dia kelak.
BalasPadamkah2..aku pun cuak haha..lol.
BalasPadamad gak manusie macam nie hadoiii..
esok lepas kawin kene sembelih bersyukur je la..
Sanggup membelakangkan org tua yg hidup same kita berbelas tahun demi lelaki yg baru kenal 2 bulan? eh dik, jangan jadi keldai dadah sudah la tak pasal pasal.
BalasPadamalahai..sampai camni cintanya..cinta biar berpada.
BalasPadamhurm..xsalah kalau dia mampu bawak boypren dia ke jalan yg benar tp......ahaha ade tapinye..berpada la..jgn smpai mak bapak pn diketepikan..jgn tergadai body sudah
BalasPadamtokey dadah duit masyuk broooo...
BalasPadamsnggup dia? lebih baik cari lelaki lain.. ape la..
BalasPadamCINTA MEMBUTAKAN HATI DAN AKAL NI..UISHHHH..
BalasPadamhaih,sampai mcm tu sekali yewww cintanya pada llaki tu..penagih tu juga yang buat dia buta..hadoiii..ape celoppp..kuang3x..
BalasPadam#support ayat paling bawah skali tu,hikhik
cinta itu buta....
BalasPadamkenal bru 2 bulan dah snggup tinggal mak ayah yg berthun2 bersama dgn kita.. mmg la mak ayah x kn terima kalau thu sbb dia org mesti nk yg terbaik untuk anak mrk..aih..mcm2.. moga zz dijauhkan dr sume ni.. =)
BalasPadamayat cuak tak leh blah..hahaha..ok2..sokong dri blakang ...heee.. :)
BalasPadam*ksian fmly dia :(