ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 5 Februari 2012

John Travolta derma jet

Aktor John Travolta mendermakan jet eksekutifnya, G-2 Gulfstream, kepada Georgia Aviation Hall of Fame sebagai tanda memperingati kematian anak lelakinya, Jett pada 2009.
Jurucakap Pangkalan Tentera Udara Robins, Chrissy Miner memberitahu Sun News di Macon, jet itu akan membuat kemunculan pertamanya di pameran udara pada April ini.

Menurutnya, ia kemudian akan dipindahkan ke muzium penerbangan itu yang terletak di Warner Robins, Georgia.Jet itu dilaporkan memiliki dua enjin dan 14 tempat duduk.

Travolta yang merupakan seorang juru terbang dan penggemar pesawat mempunyai kelayakan untuk menerbangkan beberapa jenis kapal terbang termasuk Boeing 707B.

Anak lelakinya, Jett meninggal dunia pada 2009 pada usia 16 tahun akibat cedera ketika diserang sawan.Travolta dalam pada itu dilaporkan bakal membintangi filem baru, Savages bersama Salma Hayek, Demian Bichir and Blake Lively.[sumber]

*Cuak aku..Derma jet macam tu je..kih kih kih..

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. dia derma jet tu macam derma jet permainan je kan...heee~

    BalasPadam
  2. dah kayo..semua boleh bagi.

    BalasPadam
  3. veteran, duit banyak. dia tak kisah pun :D..

    BalasPadam
  4. wahhhhhhhh... orang senang2 macam2 bleh bagi saja..:)

    BalasPadam
  5. wahhhh....@__@"" juling mata baca ni..org kaya raya (T_T)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...