ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 9 Februari 2012

Jerung Paus Gergasi 40 Kaki Panjang

Adalah sukar untuk mempercayai cerita ikan sepanjang 40 kaki berjaya ditangkap, tetapi itulah hakikatnya.Sekumpulan nelayan menangkap ikan gergasi jenis jerung paus itu dari Laut Arab.

Beberapa keping gambar menunjukkan bagaimana ikan jerung paus itu dibawa ke pelabuhan di Karachi, Pakistan.

Ramai orang berkerumun untuk melihat raksasa itu – yang dipercayai adalah tangkapan terbesar – ketika ia ditarik keluar dari air di Charai Fishery.

Dua kren digunakan untuk menarik bangkai seberat lapan tan itu tetapi setelah gagal, mereka akhirnya menggunakan satu lagi kren untuk menyelesaikan kerja tersebut.

Jerung itu dilihat terapung dalam keadaan tidak sedar dalam laut sejak sepuluh hari lepas, kira-kira 90 batu jauh dari pesisiran pantai.

Ikan jerung yang disahkan terbesar adalah 41 kaki panjang tetapi ia dipercayai boleh membesar lagi.Ikan jerung itu dijumpai di perairan tropika dan hidup selama kira-kira 70 tahun. Ikan tersebut biasanya memakan plankton, tumbuhan-tumbuhan yang amat halus dan ikan kecil.

Ia mempunya mulut kaverna yang boleh mencapai sehingga 5 kaki lebar dan mempunyai 300 hingga 350 baris gigi kecil.[sumber]

*Cuak aku..umangaiii memang bosa..lapan tan tu.. kalau hidup buleh yo nak bolo..kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Besar gila ikan ni..huh! dijual dgn harga 18K ni..

    BalasPadam
  2. ikan jerung paus upenye... tgk kat berita td... xjelas ikan ape.. hoho

    BalasPadam
  3. tgk dlm tv td mmng besar..terkejut ha..hoho...erk...takot plak tgk..=__=""

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...