ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 18 Februari 2012

KFC mohon maaf pada mangsa

Pihak pengurusan KFC Malaysia hari ini bertemu dan memohon maaf kepada pelanggan Danny Ng, yang telah dikasari oleh kakitangannya di cawangan i-City di Shah Alam.
Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presidennya,  Alan Au berkata rangkaian makanan segera itu juga memohon maaf  kepada semua pelanggan pada hari kejadian kerana khidmat yang tidak memuaskan oleh kakitangannya dan kesulitan yang dihadapi mereka.

Ng dan keluarganya bertemu dengan pihak pengurusan KFC petang ini dan menerima permohonan maaf tersebut.

Au berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa ia berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan kerana apa juga sebab lain.[sumber]

*Cuak aku..Akhirnya selesai cara baik..tak perlu isu2 perkauman ni.. kih kih kih

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. haaa...da settle...tak perlu la nak dipanjangkan lagi isu ni...huhu~

    BalasPadam
  2. selesai pon :)..lps ni blh mkn KFC dgn tenang :)..hahaha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...