ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 13 Februari 2012

Plat kereta bertuah berharga RM1.1juta

Plat kenderaan dipercayai paling bertuah dijual kepada ahli keluarga Hotel Sukhothai, Passakorn Sakonsattayathorn pada harga 11 juta baht (RM1.07 juta) dalam satu bidaan. Sakonsattayathorn semalam memperoleh bidaan untuk plat "Yor Ying Yor Ying 9999" itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tanah, Asdsathai Rattanadilok Na Phuket berkata: “Plat kereta “Yor Ying Yor Ying 9999” dilelong dengan bidaan harga tertinggi dalam sejarah, melebihi harga sebuah kereta.” 

Na Phuket berkata, jabatannya menganjurkan bidaan untuk plat paling bertuah setiap tahun.

Dia berkata, berikutan acara tahun ini jatuh hampir dengan hari Valentine esok dan "Yor Ying" bermaksud wanita dalam bahasa Thai, maka ia adalah hadiah paling hebat untuk menawan hati seorang wanita.[sumber]

*Cuak aku..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. sape la gerangan wanita yg bertuah tu? kete dia mesti kaw2 punya kn?

    BalasPadam
  2. aik ada juga coklat rasa pedas.

    BalasPadam
  3. MEMBAZIR NI..BAIK BAGI BUI JER,RM50 K PUN OK..HIHIHI

    BalasPadam
  4. azek: entri mana satu yg nak komen tu..kih kih kih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...