ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 8 Februari 2012

Gaji suami dipindahkan ke akaun isteri

Setelah sering menerima keluhan daripada isteri penjawat awam yang tidak mengetahui jumlah gaji dan elaun suami mereka, Kerajaan Negeri Gorontalo, sebuah wilayah di bahagian Utara Pulau Sulawesi, membuat dasar baru berhubung gaji yang dibayar kepada petugas mereka.

Mulai bulan depan, seluruh gaji dan elaun petugas yang sudah beristeri akan pindahkan ke akaun bank isteri masing-masing.
Gabenor Gorontalo Rusli Habibie berkata selain menjawab keluhan para isteri, peraturan baru itu juga diharap dapat membolehkan isteri terbabit berperanan aktif dalam penggunaan pendapatan suami secara maksimum untuk keperluan keluarga.

Pada masa ini Kerajaan Negeri Gorontalo sedang mengumpulkan data tentang para pegawainya yang telah beristeri dan apabila selesai urusan itu, gaji petugas berkenaan akan dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing pada setiap 1 haribulan, stesen TV, MetroTV melaporkan.

Dasar baru itu disambut positif oleh penjawat awam yang sudah beristeri kerana mereka menganggap ia memberi peluang kepada para isteri menguruskan gaji mereka untuk keperluan keluarga.[sumber]

*Cuak aku..Pempuan2 suka la ni kalau buat kat malaysia..tapi ikut dari pengamatan aku..lelaki lebih berkhemah guna duit bila dah kawin.. kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kalu dpt isteri yg x materialistik..ok la

    BalasPadam
  2. ahahaha..nasib la c suami..hikhikhik
    adoi la...kalau buat kat mlysia gini..adoi..tak tau la..huhu

    BalasPadam
  3. aku nk kawin dgn org indon la macam nie,.....pheu..=.=

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...