ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Ahad, 19 Februari 2012

Katak pokok tinggal seekor di dunia

Beberapa pegawai Zoo Atlanta menyatakan seekor katak daripada spesies yang dipercayai pupus di habitat rimba, terpaksa dihapuskan selepas ia jatuh sakit.

Sebelum ini, Zoo Atlanta memelihara sepasang katak berkenaan yang dikenali sebagai katak pokok Rabbs’ fringe-limb.

Saintis-saintis percaya perkembangan tersebut menyebabkan kini terdapat cuma seekor katak berkenaan di dunia.

Kelmarin, beberapa pegawai Zoo Atlanta memberitahu, seekor katak itu terpaksa dihapuskan bagi mengelakkan ia terus menderita selain mengekalkan bahan genetik amfibia berkenaan bagi tujuan penyelidikan.

Spesies katak tersebut ditemui oleh kurator herpetologi Zoo Atlanta, Joseph Mendelson semasa lawatan beliau ke Panama dalam tahun 2005.

Mendelson berkata, spesies berkenaan di habitat rimba pupus akibat jangkitan sejenis patogen yang dikenali sebagai kulat chytrid.[sumber]
 
*Cuak aku..dalam dunia tingal sekor je..tu pun terpaksa dihapuskan..kesian..tak de zuriat dah katak tu..kih kih kih

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kesian ko katak.. dah takde keturunan lepas ni

    BalasPadam
  2. kesian katak tu, dah la spesies tu ada seko jew...

    BalasPadam
  3. Kesian katak ni...dia pun nak hidup jugak hurmm :( sedih pulak..LOL...

    BalasPadam
  4. Very nice info... Thanks... Visiting you again...

    BalasPadam
  5. erkk..tak blh tgk gambar katak ni..geli.. (T_T)..

    ksian plak kat katak ni..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...