ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 28 Februari 2012

Nombor pendaftaran kenderaan WWW dibuka 30 April

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan "WWW" yang bermaksud "World Wide Web" boleh membuat tempahan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 30 April ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan. 

"Kita telah menerima banyak pertanyaan dan panggilan telefon tentang nombor pendaftaran "WWW'. Salah satu sebab kenapa mereka mahu sangat nombor itu kerana ia membawa maksud "World Wide Web"," katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata, terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa.

Katanya nombor bernilai utama iaitu nombor satu angka 1 hingga 10 akan dibuka dengan harga jualan minimum RM10,000 manakala nombor menarik dijual dengan harga minimum RM2,000 manakala nombor popular dan nombor semasa masing-masing dibuka dengan harga minimum RM300.[sumber]

*Cuak aku..sapa2 berminat dan banyak duit boleh la pegi tempah nanti...kih kih kih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...