Seorang remaja nakal yang hanya tinggal separuh kepala berikutan satu kemalangan, semalam menyalahkan arak dan dadah yang menyebabkan wajahnya agak pelik.Ini kali pertama remaja itu bercakap mengenai kemalangan itu.
Carlos 'Halfy' Rodriguez, yang lebih dikenali sebagai Sosa, kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.
Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah.
Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah.
Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang kepala untuk menyelamatkan dia dan sejak itu dia meneruskan kehidupannya di Miami, Florida.
“Saya khayal kerana mengambil dadah. Saya memandu dan melanggar tiang yang menyebabkan saya tercampak keluar menerusi cermin depan,” katanya dalam mesej menerusi You Tube.
Sambil menunjukkan kepalanya ke arah kamera, dia berkata: “Dan inilah akibatnya. Kerana itu, adalah tidak bagus untuk minum arak atau mengambil dadah dan kemudian memandu. Ia tidak bagus,” katanya.
Menurut akhbar Jerman, Bild, Sosa mengalami kemalangan itu ketika berusia 14 tahun..[sumber]
*Cuak aku..Nasib tak mati..kih kih kih
haihhh...ngeri plk tgk kpla dia mcm tu..dah otak dia besar mne ek? -..-"
BalasPadamlps tu..otak kn ada bhagian2 dia,dh kna buang sparuh..dah mcm mna dia berfikir ek..err..bnyk la nk tnye soalan ni ..
UISHHH..SERAM TENGOK..NAUZUBILLAH
BalasPadamhuuhh..seram pulak bila tengok kepala mamat tu..
BalasPadam