ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 13 Februari 2012

Hulk Hogan sanggup cukur misai

Ahli gusti terkenal, Hulk Hogan berkata, dia sanggup mencukur misai ikoniknya dan merakamkan peristiwa itu jika menerima bayaran berjuta-juta dolar.
 
Ahli gusti legenda itu, sebelum ini mendedahkan dia mempertimbangkan untuk kehilangan misainya itu jika ia mampu meningkatkan peluangnya untuk berlakon dalam sebuah filem.

Sejak membuat pendedahan itu, Hogan telah dihubungi oleh beberapa syarikat kosmetik terkemuka yang mahu membayar untuk membuat rakaman tentang pembuangan misainya itu.

"Bila saya bercakap mengenai pembuangan misai saya, ramai orang yang teruja. Mereka melompat-melompat dan ada juga yang menyukainya.

"Namun, ejen sukan saya meminta saya tidak melakukannya kerana kami mungkin akan mencapai persetujuan dengan jenama Gillette, Right Guard dan saya sedang menunggunya," katanya kepada BANG Showbiz.

Ketika ditanya sama ada dia benar-benar sanggup kehilangan misai yang telah disimpannya selama 40 tahun itu, Hogan berkata, dia sanggup jika menerima bayaran berjuta-juta dolar kerana misai boleh tumbuh semula.Bintang gusti dan juga pelakon itu berada di United Kingdom pada bulan lalu sempena Maximum IMPACT Tour.[sumber]

*Cuak aku..Aku sangup jugak cukur misai..barapa nak bayar..?kih kih kih

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kalu dia cukur then pakai misai palsu, mn ada org perasan kn..

    BalasPadam
  2. cukur misai pun orang nak bayar..
    bertuah nya..

    BalasPadam
  3. tudia..hanya cukur misai je dapat berjuta2 dolar..huhu

    BalasPadam
  4. Salam kenal..ana follow sini kalau sudi follow la ana balik ye..

    p/s: ana baru dalam blog nie

    BalasPadam
  5. yg nk byr tu bodoh...misai anytime bleh tumbuh balik...hahahaha...

    BalasPadam
  6. wah..bestnya...cukur ja misai boleh dapat uit..best3..hikhik

    BalasPadam
  7. sudah brumur tetapi masih gagah macam orang muda,gua memang minat giler dulu hulk hogan ni.

    BalasPadam
  8. misai legend macam dia memang dapat perhatian ramai..hehe..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. wahhh...smpai gtu skali..hoho..untung org ada misai..simpan la bertahun2 ha..mana tau nnti jd terkenal sbb misai mahal..hikhik

    BalasPadam
  10. itu bestnya jadi org popular kan

    http://alziyadnews.com/
    http://direktoribloggermalaysia.blogspot.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...