ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 27 Februari 2012

Sumbat 2 ekor lembu dalam wira

Nasib nyata tidak menyebelahi dua lelaki apabila tindakan mereka mencuri dua lembu dengan menyumbatnya dalam Proton Wira Aeroback tidak berjaya apabila kenderaan terbabit terbabas dalam longkang di Kawasan Industri Kelang Lama di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 3.30 pagi menyebabkan dua lelaki berusia 20-an itu berputih mata apabila terpaksa melarikan diri meninggalkan kereta mereka bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Sumber berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai mengenai sebuah kereta terbabas dalam longkang di hadapan sebuah kilang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kereta terbabit dipercayai dipandu laju, hilang kawalan akibat jalan licin dan tersekat dalam longkang terbabit.

“Kedua-dua mereka melarikan diri meninggalkan dua lembu itu dalam keadaan lali.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tempat duduk belakang diubah suai. Kerusinya dibuang memudahkan mereka menyumbat lembu terbabit.“Dua ekor lembu termasuk seekor anak yang ditemui dalam kereta itu lemah kesan ubat pelali,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui dua batang sumpit dan ubat pelali yang dipercayai digunakan suspek untuk menangkap lembu terbabit.

“Polis belum mengesan pemilik dan lokasi haiwan berkenaan dicuri. Kami kini sedang menjejaki kedua-dua suspek yang menghilangkan diri bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.[sumber]

*Cuak aku..ini membuktikan kereta jenis aeroback buatan malaysia memang luas..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. lembu pon nak curik. herann... dah tau haram lagii nk buat.

    BalasPadam
  2. Adeh...mcm ni gila pn ada...hahaha

    BalasPadam
  3. lembu muat dalam proton..luas betul proton ye...haha~

    BalasPadam
  4. lenkali, curi sekor dh la dulu..sok curi lg sekor.. hahaha.. tamak sgt.. tp, knp x curi kmbing jer?
    ~busuk2 pon, mahal pe?~ ahhahah

    BalasPadam
  5. hahaha..lawak pon ada..ksian lembu tu terpaksa berhimpit2.. :(

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...