ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 9 Februari 2012

3 menteri tonton porno di Parlimen

Tiga menteri di Karnataka, selatan India meletakkan jawatan hari ini selepas dituduh menonton video pornografi di dewan undangan negeri itu.
 
Siaran berita tempatan, semalam menunjukkan ahli dewan, Laxman Savadi sedang asyik menonton klip video pada sebuah telefon bimbit sambil diperhatikan oleh rakannya, CC Patil.

Telefon itu milik seorang lagi menteri, Krishna Palemar yang turut meletakkan jawatan.

Ketiga-tiga menteri menafikan mereka menonton pornografi tetapi berkata, mereka meletakkan jawatan bagi mengelakkan aib kepada kerajaan pimpinan Parti Bharatiya Janata (BJP).

"BJP sudah pun mengarahkan siasatan mengenai perkara ini dan kami berharap dapat membuktikan kami tidak bersalah," kata Patil yang juga Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak.

Semalam, menteri-menteri itu enggan meletakkan jawatan, dengan alasan mereka menonton klip video menunjukkan seorang wanita dirogol oleh empat lelaki selepas satu pesta muzik, tarian dan dadah, 'sebagai persiapan untuk mengadakan perbahasan (di dewan) mengenai kesan negatif pesta sedemikian'.[sumber]

*Cuak aku..Kalau nak buat persiapan pun tengok la kat rumah dulu..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kuang3..kantoi..xmo ngaku lagi..hihi

    BalasPadam
  2. mak aaihh..dah xde keje lain ke nak buat??tgk porn kat rumah laa..tak meyempat..hahaha

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  3. uittt.. apakah??

    BalasPadam
  4. hikhikhik..ape lah diorg ni..adoi la..lawak pon ada =__=""

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...