ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 28 Februari 2012

Budak ditikam bertubi-tubi

“Rupa-rupanya ciuman pagi tadi (semalam) adalah yang terakhir. Patutlah hati saya berat untuk turun ke sawah,” kata bapa kepada budak perempuan berusia tiga tahun mati dalam keadaan ngeri selepas ditikam bertalu-talu di dada menggunakan gunting oleh abang angkatnya. 

Kejadian berlaku jam 6.30 pagi di rumah pekerja ladang sawit di Sejat, Long Bunyut, di sini, dan mangsa, Evelyn Irene meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Miri selepas mengalami pendarahan teruk akibat tikaman di dada. Bapa mangsa, Laman Banau, 31, berkata pada hari kejadian hatinya terlalu berat keluar bekerja di sawah selepas memberi ciuman kepada anak bongsunya.

“Patutlah saya cukup berat hati untuk ke sawah. Rupa-rupanya, ia petunjuk akan kehilangan seorang daripada dua anak buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Rumah Mayat Hospital Miri, semalam.

Tragedi berdarah itu berlaku ketika mangsa berada di rumah bersama neneknya berusia 45 tahun, sebelum suspek berusia 27 tahun dipercayai menghidap masalah mental, menyerang mangsa menggunakan gunting.

Seorang anak lelaki jiran keluarga mangsa berusia 14 tahun turut cedera di tengkuk dan kepala apabila diserang lelaki terbabit ketika cuba menghalang suspek menikam mangsa.

Difahamkan, suspek anak angkat kepada ibu mangsa sejak kecil dan menetap bersama di ladang berkenaan, sejak beberapa tahun lalu.

Laman berkata, seperti kebiasaan dia dan isterinya mengejutkan anak mereka sebelum ke sawah berhampiran rumah pekerja berkenaan.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Abu Bakar Mokhtar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata suspek ditahan untuk siasatan lanjut.[sumber]

*Cuak aku zaman sekarang ni..

3 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ajal maut di tangan Tuhan.. tp, seram do.. huhuuhu..

    BalasPadam
  2. ksiannya kat budak tu...esh !!!
    nape lah g ambil anak angkat yg ada masalah mental =.=''

    BalasPadam
  3. kesiannya budak tu..huhu..jhat abg angkat dia tu..huh!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...