Seorang peminat kereta, menghasilkan sebuah
troli gergasi beli-belah terpantas di dunia dengan menggunakan enjin 290
kuasa kuda.
Cal VanSant, 49, menghabiskan masa selama dua tahun dan
memperuntukkan sebanyak 10,000 pound (RM50,000) bagi membina 'Shopper
Chopper' yang mempunyai ketinggian 2.7 meter.
Peralatan itu mampu memuatkan enam orang dan bergerak menggunakan
kuasa enjin Chevrolet V8 5.8 liter, yang biasa digunakan untuk kereta
lasak.
VanSant membina troli tersebut selepas diminta menantu lelakinya,
Brent Musser, namun kini alat tersebut sering disewa untuk tujuan
promosi.
Menurutnya, keluarga menantunya memiliki kedai runcit dan setiap
tahun mereka akan menggunakan kenderaan yang pelik ketika terlibat
dengan perarakan yang dianjurkan di kawasan tersebut.
"Pernah sekali mereka menunggang motosikal mini, tahun berikutnya
motosikal mini empat roda dan dua tahun lalu, mereka mahukan sesuatu
yang baru.
"Akhirnya mereka datang dengan idea troli gergasi ini dan meminta
saya menghasilkannya," kata VanSant, yang memiliki kemahiran dalam
bidang kejuruteraan.
Kelajuan paling tinggi yang mampu dicapai oleh troli tersebut belum
diuji, namun kenderaan yang mempunyai kuasa yang sama mampu memecut
hingga kelajuan sekitar 209 kilometer sejam.
Dia yang tinggal di Lancaster, di sini, berharap untuk mencipta rekod baru troli beli-belah paling laju di dunia.
"Saya mendapat inspirasi daripada rancangan Top Gear. Saya selalu kagum dengan peralatan aneh yang direka dalam rancangan tersebut," katanya.[utusan]
*Ni nak beli belah ke nak belumba ni..kih kih kih