Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) muncul pengguna pertama
robot interaktif digelar Roboswot, apabila kehadirannya ke kelas
terpaksa diganti mesin tersebut berikutan masalah kesihatan.
Mesin berkenaan perlu menggantikan Devon Carrow-Sperduti, 7, ke
sekolah, kerana dia menderita penyakit alergi yang boleh membahayakan
nyawanya jika bercampur dengan kanak-kanak lain.
Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menghabiskan kebanyakan masanya
bersendirian dengan hanya dibenarkan makan epal, bijirin dan kentang.
Menerusi Roboswot yang bernilai AS$3,000 (RM9,000), murid tersebut
mampu menghadiri semua kelasnya, menjawab soalan cikgu serta berbual
dengan rakan-rakan sekelasnya walaupun hanya dengan berada di rumah.
Malah, robot ciptaan syarikat Vgo Communications Inc di New Hampshire
berkenaan turut dilengkapi skrin yang memaparkan muka kanak-kanak itu,
menggunakan teknologi kamera web yang dihubungkan dengan komputernya di
rumah.
Carrow-Sperduti hanya perlu duduk di rumahnya di Buffalo dan
menggunakan komputer untuk mengawal Robotswot yang membolehkan dia
melihat cikgu, papan hitam dan keadaan sekeliling kelas.
Robot itu juga membolehkan Carrow-Sperduti berjalan di sepanjang
koridor sekolah dan menyertai rakan sekelasnya di taman permainan.
Ibu Carrow-Sperduti, Rene berkata, Roboswot boleh dianggap sebagai pengganti diri anaknya.Anak saya melakukan semua perkara dan kerja sekolah seperti
kanak-kanak lain, yang membezakan mereka adalah Carrow-Sperduti tidak
berada di dalam kelas," katanya.[utusan]
*Wow best la macam ni..