ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 28 Februari 2012

Wanita nafi berkhalwat dengan Badrol

Wanita yang didakwa terbabit dalam kes khalwat dengan Pengarah Penerangan kerajaan negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahron memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, semalam.

Menurut akhbar Sinar Harian, hari ini, wanita itu juga membuat penafian bahawa beliau berkhalwat dengan pemimpin PKR berkenaan dan tidak berada dalam bilik yang sama.

“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu!“Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrulamin).Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab!” katanya dipetik akhbar itu.

Semalam, wanita berusia 28 tahun itu dari Kolej Komuniti Rompin hadir di mahkamah bagi sebutan kesnya di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.

Katanya, kerana tindakan khianat itu, Badrulamin bukan sahaja dikurung, malah dibelasah di biliknya oleh pihak yang mahu memerangkapnya.

“Saya pergi menemui ustaz Badrulamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam.

“Saya sudah puas berusaha dan tidak mampu lagi menanggung segala bebanan ini,” rintihnya kepada.[sumber]

*Cuak aku..cuba guna cara yang lebih ok sikit nak jatuhkan Pakatan rakyat..bila buat perangkap bodoh macam ni rakyat lebih menyampah..kih kih kih

2 Pengkritik Yang Cuak:

  1. fuhhh...kalau mcm ni..hardcore gila..dah mmg mafia..

    BalasPadam
  2. berat ujian yg ustaz tu dpt..

    tapi ada pengajaran..hati2 bila yg mintak tlg tu berlainan jantina.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...