ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 8 Februari 2012

Video Kucing Anfield jadi selebriti internet

Kemunculan seekor kucing di tengah padang Anfield ketika Liverpool menentang Tottenham Hotspur yang berkesudahan seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, menjadikan haiwan tersebut selebriti di internet.

Gelagat kucing tersebut menarik minat pelayar internet yang mencecah 17,368 orang yang mengikuti laman sosial Twitter, One, @AnfieldCat setelah rakaman video aksi kucing berkenaan disiarkan.

Berita terbaru yang ditulis melalui laman sosial tersebut turut mengaitkan musuh ketat Liverpool, Everton dalam satu lawak jenaka iaitu: "Everton dikhabarkan berminat untuk menandatangani khidmat saya, Bill Kenwright (pengerusi Everton) perlu 'mencakar' untuk mendapatkan duit."

Peminat Liverpool, yang terkenal dengan sikap lucu mereka, menyanyi beramai-ramai dengan memasukkan perkataan kucing dalam nyanyian mereka iaitu "Seekor kucing, seekor kucing... seekor kucing, seekor kucing, seekor kucing ( A cat) dalam nada lagu Kop Battle Cry yang biasanya menggunakan perkataan "Serang... serang (Attack)

Aksi kucing tersebut kelihatan cukup bersahaja dengan berlegar di tengah padang sebelum steward Anfield membawanya keluar.[sumber]

*Cuak aku..Nasib ref game tu bukan webb,kalau tak dah tentu kucing tu kena kad merah atau spurs tiba2 dapat penalti..kih kih kih

6 Pengkritik Yang Cuak:

  1. kucing pulak....
    macam2 depa ni..:P

    BalasPadam
  2. tu kucing sy...terlepas ms sy bw g anfield aritu..comel x? comel x? hehehehe

    BalasPadam
  3. hahaha..marah ngan webb tak abis lagi ka bro??tapi kelakar tengok kucing nie aritu..dah laa garang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  4. khairin:comel...

    azlan:tk marah dah..kih kih kih..

    BalasPadam
  5. chomelll jer. berlari lari manja gitew

    BalasPadam
  6. huhuhu..mcm mna blh masuk kucing tu.. =__=""..comel ja ^_^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...