ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 15 Februari 2012

Perniagaan pertukaran asing (forex) haram

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. 

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam." 

"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah."[sumber]

*Cuak aku..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. ohh haram dah skrg... deno pun ada belajar pasal forex semester nie...

    BalasPadam
  2. sebenarnya sama jer...semua perkara melibatkan spekulasi sekarang...kita tukar duit di exchanger harini RM to USD, esok nilaiannya lost...kenapa nilaian lost??? pergi balik, benda tu sama,....

    Jika dilihat dari sudut charging, BSKL lagi tinggi charge, tetapi tidak pernah dipertikaikan..ia adalah utk menjaga kepentingan peribadi...

    Apa yang aku bleh simpulkan, forex is not a games and not ssuitable for the stupid people in financial...sorry ayat kasar...tapi itulah kenyataan...sbb manusia semakin taksub utk mendapatkan wang..diaorg cuba dapatkn daripada trading forex with 0 knowledge in market...they lose and claim mcm2...sedangkn mereka sendiri tidak faham putaran duit dalam dunia ni...so how mereka nk trade forex...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...