ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Februari 2012

Pelawak Yahya Sulong koma

PELAKON dan pelawak veteran, Datuk Yahya Sulong, 85, atau mesra dengan panggilan Pak Ya kini berada dalam keadaan koma akibat terjatuh di bilik air di kediamannya di Bandar Baru Sentul, petang kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang selepas isterinya, Datin Alisah Ali, 65, mengesyaki sesuatu tidak kena apabila panggilan kepada suaminya yang sudah lama memasuki bilik air tidak bersahut. 

Alisah yang juga kurang sihat meminta bantuan jirannya, Maimunah Ahmad, 51, sebaik saja menemui suaminya yang terbaring tidak sedarkan diri. 

Daripada jirannya difahamkan, sejak jam 11 malam hari kejadian hingga petang semalam, Pak Ya masih tidak sedarkan diri dan kini ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang.

“Pada mulanya Pak Ya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans, tetapi kini dia ditempatkan di Hospital Ampang. Ketika kejadian, anaknya baru saja mahu keluar bekerja.

“Kebetulan ketika itu saya di luar rumah dan mendapati Pak Ya tidak sedarkan diri. Sebelum ini, saya kerap menolong menghantarnya berjumpa doktor malah tiga hari lepas saya baru membawanya ke klinik.

“Sehingga lawatan saya malam tadi, keadaannya masih tidak berubah dan kami meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan semoga dia cepat sembuh,” katanya ketika dihubungi.[sumber]

*Cuak aku..sama2 lah kita berdoa semoga Pak ya cepat sembuh

5 Pengkritik Yang Cuak:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...