Pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil, di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku pada jam 8.30 malam ketika aktres berusia 55 tahun itu memandu Toyota Vios bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Puchong selepas tamat sesi penggambaran di Gombak.
Menurutnya, sebaik berhenti di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil yang bertukar merah, tiba-tiba dia terdengar dentuman pada bahagian kiri keretanya.
“Pada mulanya saya sangka kereta saya dilanggar. Pada masa sama, saya melihat dua lelaki bermotosikal memecut meninggalkan kawasan itu dan seorang daripada mereka memegang beg tangan saya.
“Kemudian, lengan kiri saya terasa pedih dan mendapati ia berdarah akibat terkena serpihan cermin kereta yang dipecahkan. Ketika itu baru saya sedar menjadi mangsa samun,” katanya.[sumber]
*Cuak aku...sekarang penyamun2 bermaharajalela..berhati2 selalu..
semalam terbaca kat status fb kak dalima...kesian dia...
BalasPadamwohohoho...manusia semakin gila skng...
BalasPadamtak tahan tajuk dia tu..hantu kak limah kna samun..hihihi
BalasPadam#bahaya btol skrg ni..esh2..=..=""
eeee..bikin takut..mkin mnjadi2 la gejala samun mnyamun niii..(samun mnyamun???errr..lantaklar...)hikhik
BalasPadamsalam;
BalasPadamBukan rezeki la tu..
apa kata kalau kita samun balik penyamun tu..dasar penyapu tul dia orang ni.
BalasPadambahaya cak kalau female driver alone time malam2 nie..isk..isk..
BalasPadamRegards,
-Strider-
Assalamualaikum...
BalasPadamKena lebih berhati-hati, sekarang manusia yg hasad...bebas tanpa kita sedar ada disekitar kita..
Allah uji hantu kak limah 2 :)
BalasPadam