ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 27 Februari 2012

Nenek 'meninggal' hidup semula

Secara teknikalnya, Lorna Baillie telah diisytiharkan 'meninggal dunia' akibat serangan jantung dan hanya bergantung kepada sistem sokongan hayat.
 
Namun, 45 minit kemudian, keadaan mula menjadi kecoh apabila Baillie, 49, 'hidup semula' selepas suaminya, John, 58, membisikkan 'Saya sayang awak' kepadanya.

Wanita tersebut mula membuka matanya dan menggenggam tangan anak sulungnya, Leanne, 31 tahun.Akibat terkejut dengan reaksi tersebut, John dan tiga anaknya memanggil jururawat, namun mereka hanya diberitahu ia merupakan 'pergerakan tiba-tiba' akibat rawatan perubatan jangka panjang.

Enggan mempercayainya, keluarga tersebut meminta jururawat terbabit memanggil doktor untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat denyutan nadi dan Baillie dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bekas jururawat berasal dari Prestonpans, Timur Lothian itu dimasukkan ke hospital pada 10 Februari lalu setelah dia tiba-tiba rebah di rumahnya akibat serangan jantung sebelum diumumkan meninggal dunia secara teknikal iaitu pernafasannya akan berhenti sedikit demi sedikit.

"Kami terkejut dengan apa yang berlaku namun bersyukur ibu masih bersama kami dan tidak pernah jemu untuk memberi semangat kepadanya agar terus kuat," kata Leanne.

Dua minggu selepas 'keajaiban' tersebut, Baillie sudah mampu duduk dan berbual dengan ahli keluarganya, malah terus menunjukkan perkembangan positif, walaupun mengalami kegagalan buah pinggang.[sumber]

*Cuak aku..Ajal maut ditangan Tuhan..

10 Pengkritik Yang Cuak:

  1. Inilah kekuasaan Allah. Allah Maha Berkuasa utk menyembuhkan sesuatu penyakit. Saya harap kejaiban yg sama akn berlaku ke atas ayah saya yg sudah hampir 3 bulan terlantar diwad husm sbb kegagalan buah pinggang.

    BalasPadam
  2. ajaib kan.. kkdg macam tak sangka..

    BalasPadam
  3. Keajaipan dari ALLAH.Dia yang menghidupkan dan dia yang mematikan.

    BalasPadam
  4. tak ada yang mustahil andai ALLAH mengkehendaki..

    BalasPadam
  5. kuasa Allah.. ^_^
    ajal maut ditangan DIA...

    BalasPadam
  6. kuasa Allah...
    ajal maut ditangan DIA kan :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...