ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 18 Februari 2012

Melia: 'cincin saya dah buang'

Melia atau nama penuhnya, Noor Melia Aimiellia Zaidi, menjelaskan persoalan mengenai persamaan cincin dalam gambar screenshot video yang tersebar di portal hiburan itu.

"Saya pernah memakai cincin hitam yang diberi bekas teman lelaki. Tetapi cincin itu saya buang selepas siri jelajah Festival Filem Malaysia (FFM24) yang lalu, atas sebab kami sudah berpisah.

"Saya juga ada menghubungi portal hiburan itu dan mereka sendiri tidak dapat memastikan bila video itu diambil kerana tidak mengetahui sumber yang menyebarkan video tersebut.

"Jadi sepatutnya, orang lain tidak boleh menilai hanya kerana cincin itu. Lagipun wajah wanita dalam screenshot itu jauh berbeza dari saya. Saya tidak kisah mengenai hati dan perasaan saya, tetapi kesianlah pada keluarga yang turut mendapat tempias," katanya.

Ditanya adakah dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan ini, Melia tidak menolak jika isu ini menjejaskan maruah dan kerjayanya dalam bidang seni.

"Orang kata, kalau melenting, maknanya betul. Diam juga maknanya betul. Tapi buat masa ini, kalau ada yang tanya saya akan beri penjelasan.

"Tetapi jika tuduhan ini melampau sangat, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas. Berani kerana benar, takut kerana salah," katanya.

Dalam pada itu, Melia juga sempat mengulas mengenai dakwaan hamil dan menggugurkan kandungan sebelum ini kerana risau menjejaskan maruahnya. Jelas Melia, spekulasi itu tersebar apabila ada seorang dari produksi drama lakonannya menegur bentuk badannya yang kelihatan berisi ketika itu.

"Mungkin ada pihak yang dengar dan mengambil serius mengenai perkara itu. Tetapi sejujurnya saya tidak pernah hamil. Cuma badan berisi kerana terlebih makan," katanya.

Walaupun diduga pelbagai cerita negatif, Melia berkata, dia tidak berhasrat berundur dari bidang yang sudah diceburi sejak tiga tahun lalu.

Katanya, dia percaya rezeki yang diberikan ALLAH SWT dan tidak sesekali berputus asa dengan mudahnya kerana kontroversi seperti itu.[sumber]

*Cuak aku..dunia artis macam tu la..baik tingkatan prestasi jauhkan kontroversi..kih kih kih

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. alahai masih menafikan?pompuan..pompuan

    BalasPadam
  2. Tapi kan bro, gambar screenshot tu 90% sama dgn muka dia..tapi susah jg nak judge sbb apa2 boleh berlaku..

    Anyway, dunia artis mmg mcm ni lah..kejap lg naik lah nama dia huhu..

    BalasPadam
  3. tak tahu mana yg betul...huuhhh...macam2 la dunia artis ni..ada je...

    BalasPadam
  4. terus la menepis..tu je la yang artis2 selalu buat..hehheh

    BalasPadam
  5. dunia artis dunia artis...hurmmm..tak tau la sape btol sape salah ... -.-''

    BalasPadam
  6. hurmm..... *kuis2 tanah*
    makin meragukan adalah..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...