ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 8 Februari 2012

Lukisan Elizabeth Taylor dilelong AS$16 juta

Lukisan karya Vincent van Gogh yang dimiliki mendiang selebriti lagenda Hollywood, Elizabeth Taylor dijual lebih AS$16 juta (12 juta Euro), demikian diumumkan syarikat lelong, Christie, hari ini. 

Lukisan Van Gogh bernama “Vue de l’asile et de la Chapelle de Saint-Remy” akhirnya menemui harga tertinggi AS$16 juta , iaitu jauh lebih tinggi berbanding nilai anggaran AS$14 juta. 

Lukisan itu dihasilkan oleh pelukis tersohor Belanda itu setahun sebelum kematiannnya pada 1890 dan dibeli oleh bapa Elizabeth pada 1963. Ia adalah antara koleksi terakhir aktres itu yang dilelong.

Elizabeth yang mempunyai koleksi barangan berharga luar biasa termasuk permata bagi memenuhi dunia glamour dan mengekalkan kecantikannya sebagai pelakon hebat, meninggal dunia pada Mac 1963 ketika berusia 79 tahun.[sumber]

*Cuak aku.. Nampak macam budak2 darjah 4 je melukis..tapi jangan main2 poik 16juta tu..kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. nmpk nyer kena tggu sy meninggal pastu jual lukisan br la dpt duit sbnyk tu kn? hehehehe

    BalasPadam
  2. tu la..nampak macam lukisan budak2 sekolah je..tapi nilainya..huuhh...tinggi...

    BalasPadam
  3. erkkkk...boleh tahan lukisan...harga kemain mahal..huhuhu..kalau kita lukis cincai skrg agak2 30 tahun akan dtg harga blh mahal mcm ini tak..hikhik

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...