ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 28 Februari 2012

Konsert Erykah Badu dibatalkan

Datuk Seri Rais Yatim mengumumkan Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ini menerusi mesej Twiteer.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rais kerana tindakan beliau yang pantas untuk membatalkan konsert Badu.

"Datuk Seri Rais Yatim dilaporkan telah mengumumkan pembatalan ini dalam laman sosial beliau hari ini. Beliau telah menulis dalam status twitter beliau, "konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia”.

"Dewan Pemuda Pas sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKK yang diketuai oleh Datuk Seri kerana mengambil langkah drastik dalam memperjuangkan agama Islam supaya tidak dipermain-mainkan oleh orang lain," kata Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.[sumber]

*Cuak aku..kalau tak de isu tatu ni adakah konsert Erykah Badut ni diteruskan?..Dan adakah Erykah Badut ni penuhi nilai-nilai budaya Malaysia .Septutnya dari awal lagi dibatalkan..bukan tunggu ada isu tatu ni.. Erykah "Badut" betul lah...kih kih kih

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. aih..baru nak dibatalkan..sebelum ni tak tau ke artis ni macam ni..tu la...
    asal bayar tinggi je terus sign..heheh

    BalasPadam
  2. memng ptot pn dibatalkan. x kenal pon minah ni. ILUMINATI wooo..

    BalasPadam
  3. baguslah, sepatutnya konsert macam ni tak perlu pun di malaysia ni :)

    BalasPadam
  4. dana: tu la pasal..kerana melangar etika baru nak batal..kalau tk langar dah tentu diteruskan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...