ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 10 Februari 2012

KFC i-City enggan ulas insiden gaduh

Pihak pengurusan restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di i-City, Shah Alam, enggan mengulas mengenai insiden kekasaran yang didakwa berlaku di dalam premis berkenaan Isnin lalu.

Seorang pengurus premis berkenaan, yang enggan dikenali, menjelaskan bahawa pihak yang boleh memberi kenyataan berhubung isu itu hanya pengurusan di ibu pejabat KFC Holdings (Malaysia) Sdn Bhd.

"Kami tidak boleh beri apa-apa kenyataan. Kalau encik nak tahu kena tanya bahagian PR ibu pejabat," katanya lagi kepada Malaysiakini ketika ditemui di premis berkenaan hari ini.

Tinjauan ke restoran dua tingkat itu mendapati premis tersebut beroperasi seperti biasa dan para pelanggan turut memenuhi ruang makan di tingkat bawahnya untuk makan tengahari.

Malaysiakini berkunjung ke premis berkenaan hari ini untuk mendapatkan reaksi pengurusan berkenaan, susulan kenyataan seorang lelaki yang terbabit dalam insiden tersebut semalam.

Lelaki berkenaan, Danny Ng, 26, menafikan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan kata-kata bersifat perkauman ke atas pekerja kedai makanan segera itu sehingga menyebabkan pergaduhan.

Sementara itu, satu kenyataan KFC Malaysia di Facebook hari ini menyebut, syarikat berkenaan masih menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden itu.

Syarikat itu juga telah menggantung kakitangan yang terlibat dalam insiden berkenaan, serta kakitangan lain dalam pasukan tersebut.

Difahamkan, kakitangan berkenaan bertugas dalam pasukan tertentu untuk giliran kerja mereka.[sumber]

*Cuak aku..Pasal ayam jadi makin besar..dengar2 PERKASA pun nak masuk campur jugak..adoii..bila nak selesai kalau macam ni..melayu kata cinta tu babi..cina pulak kata melayu babi..jangan dibesarkan..ini masalah antara pekerja KFC dengan pelangan itu sahaja.Pihak KFC pun tak nak komen sangat pasal benda ni.. jadi buat apa orang lain nak kutuk mengutuk.biar je la KFC buat siasatan..

Ini bukan isu perkauman..ini isu tak dapat makan ayam goreng itu je..kih kih kih

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. aiyoo.. itupon jadi kes besar ka??

    BalasPadam
  2. haah betul betul!
    neh sebenarnya sebab emosi je.
    nak ayam dan penat.

    BalasPadam
  3. pasal ayam je nak kecoh-kecoh dia orang ni

    BalasPadam
  4. ayam punya hal pun mahu kecoh eh.. kejar , tangkap dan goreng sudahlah..huhu

    BalasPadam
  5. pasal ayam pun nak gaduh ke...adoi..

    BalasPadam
  6. dulu gaduh curi telur ayam..skng gaduh berebut paha ayam...ayam yg jadi mangsa.

    BalasPadam
  7. tak pyh msuk cmpur la kn..psal ayam je =__=""

    BalasPadam
  8. tak pyh msuk campur la kn..kes ayam je pon...tahu prihatin trhadap kes ni..kang jd makin rumit ssh plak ..heee =__=""

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...