ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 16 Februari 2012

Haram main Forex Internet

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.

"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. 

Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.

"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.[sumber]

*Cuak aku..

4 Pengkritik Yang Cuak:

  1. member aku dh kena tipu gara2 main menatang ni ler....

    BalasPadam
  2. tak pernah terlibat dengan benda2 gini..:)

    BalasPadam
  3. hmm kawan aku ada main benda ni..harap sekarang dia tau dah hukumnya

    BalasPadam
  4. oo..baru tau FOREX tu ape..hihihi..ketinggalan btol la naiemah =.=""

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...