ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 22 Februari 2012

Denda berlengan pendek

KOTA BHARU - “Saya tak tahu kalau pakai baju pendek dan tidak menutupi lengan salah di sisi undang-undang di Kelantan.”

Demikian kata seorang remaja perempuan selepas dikompaun RM500 dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), semalam.
 
Gadis itu adalah antara lima individu yang dikompaun kerana tidak menutup aurat, membuang puntung rokok di kawasan terbuka di samping tidak mempunyai lesen berniaga di kaki lima dan tidak menjaga kebersihan premis.
 
Operasi pembersihan yang diketuai Inspektor Bahagian Penguatkuasaan MPKB-BRI, Mohamad Ali bersama empat pegawai itu bermula pada jam 10 pagi dan tamat pada jam 1 petang.
 
Kompaun yang dikenakan termasuk kesalahan tidak tutup aurat dan berniaga di kali lima tanpa lesen dikenakan denda RM 500 maksimum di bawah undang-undang kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian 27 (A) dan buang puntung rokok di tempat awam di bawah seksyen 10 (d) 1983 pindaan 1987.
 
Yang Dipertua MPKB-BRI, Fauzi Mat berkata, sepanjang tahun lalu, MPKB-BRI berjaya mengumpul RM 70,000 daripada 460 kompaun yang dikeluarkan iaitu 330 kes merupakan kesalahan membuang sampah di merata tempat yang dilakukan premis perniagaan dan 130 merupakan kesalahan individu.[sumber]
 
*Cuak aku..Cegah sebelum parah..bagus ni..patut 1 malaysia buat..amcam setuju tak? pada yang suka seksi mesti la tak setuju kan..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tindakan yg bs tp syg nyer sy tgk aritu, masih byk kawasan d sn yg dipenuhi sampah sarap..sedih sekali

    BalasPadam
  2. klau 1MALAYSIA buat, memang x la ...."menyekat kebebasan rakyat" katanya.. :p

    BalasPadam
  3. kat kelantan mang ada papan tanda menunjukkan tatacara pemakaian baju yg dibenarkan dan tidak dibenarkan bg perempuan.. dulu kak ikut suami outstation kelantan selalu nmpak papan tanda tu.. mana yg x ikut saman lah kena

    BalasPadam
  4. haa..bgus ni,yeah,apple stuju dgn arul.bgus 1 malaysia la bt..hehe

    BalasPadam
  5. bagus juga buat macam tu...barulah nanti kita tengok kat bandar, orang semuanya sopan2 kan? hihihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...