ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 13 Februari 2012

Coklat rasa pedas

Coklat rasa cabai yang pedas, rasa jamu dan rasa serunding daging mungkin kedengaran aneh tetapi ia telah ada di pasaran Indonesia.

Sebagai tarikan, coklat keluaran beberapa industri kecil dan sederhana di republik itu menggunakan jenama berciri tempatan seperti 'Monggo', 'Coklat Tolak Miskin' dan 'Sesuwatu Banged', demikian dilaporkan akhbar mingguan Kompas, Ahad.

Kreativiti pengeluar dalam mempromosi ciri-ciri tempatan turut kelihatan dalam pemasarannya seperti iklan yang memaparkan sepasang nenek dan datuk dari sebuah kampung yang sedang tertawa sambil menggenggam sebatang coklat berjenama tempatan di tangan.

Laporan itu menyebut coklat berjenama Monggo keluaran Kotagede, Yogyakarta misalnya yang dimulakan sejak tahun 2003, mengeluarkan coklat rasa cabai dan halia, dan dianggap perintis dalam perusahaan coklat berciri tempatan yang berkualiti baik.[sumber]

*Cuak aku..Kanak2 pun kurang nak makan coklat kalau pedas..kih kih kih

5 Pengkritik Yang Cuak:

  1. sy da mkn coklat ni 5 bln yg lps..bos bw blk dr indon...mak aiiiii mengelisat cari air...

    BalasPadam
  2. rasanya tak feeling makan coklat macam ni..kalau ada la jual kat sini..laku ke...hehe~

    BalasPadam
  3. TAK PERNAH MAKAN LAGI,TP TERINGINLAH NAK TRY..*__*

    BalasPadam
  4. erkk..rasa dia pedas..tp sedap ke? =__=""

    agak2 kalau mkn blh tak meletop telinga? hikhikhik

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...