ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 1 Februari 2012

Beckham lelaki paling seksi di dunia

Bintang bolasepak terkenal, David Beckham dinamakan sebagai lelaki paling seksi di dunia oleh majalah Heat pada tahun ini.
 
Pemain bola sepak kelab Los Angeles Galaxy itu, menduduki tangga teratas senarai 101 lelaki paling seksi selepas mengalahkan pelakon Ryan Gosling dan Ryan Reynolds yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pelakon Bradley Cooper berada pada tangga keempat diikuti dengan Jake Gyllenhaal.
Senarai 101 lelaki paling seksi di dunia telah diundi oleh lebih 1,000 pembaca majalah Heat, di mana kedudukan tempat yang ke-26 hingga 101 hanya berdasarkan pada undi sahaja.

Senarai lelaki seksi 25 teratas merupakan hasil keputusan daripada undi pembaca dan beberapa pakar panel seperti jurugambar selebriti, Nicky Johnston; pengasas syarikat Premier Model, Carol White dan editor kolum Style dalam majalah Heat, Jo Hoare.

Bintang filem Twilight, Robert Pattinson, pelakon filem The Dark Knight Rises, Tom Hardy dan pelakon Johnny Depp turut berada dalam senarai 10 teratas. 

Hakim rancangan televisyen X Factor, Gary Barlow menduduki tangga ke-13 manakala penyanyi kumpulan Take That, Robbie Williams berada pada tempat ke-39.

Editor majalah Heat, Lucie Cave berkata, majalah tersebut menampilkan senarai lelaki paling seksi pada setiap minggu namun ini merupakan kali pertama mereka mengumpulkan senarai muktamad lelaki paling seksi di dunia. 

"Pembaca dan pakar panel kami dengan jelas menyatakan tidak ada selebriti lain yang lebih layak menerima gelaran ''lelaki paling seksi di dunia 2012'' selain Beckham.

"Dia mempunyai bakat, gaya, daya tarikan dan karisma. Kami amat gembira Beckham mengungguli senarai teratas dalam pengundian itu," kata Cave.[sumber]

*Cuak aku..aku pun seksi jugak lah..kih kih kih kih kih kih

8 Pengkritik Yang Cuak:

  1. tak paham kenapa johny depp tuh kena tersenarai. tak penah sexy langsung tengok dia. -_-

    BalasPadam
  2. amboi... nak jugak seksi:)

    BalasPadam
  3. jangan laki tengok kata seksi cukup ler...ekekekke..

    BalasPadam
  4. huhuhu..biasa ja tgk,seksi tang mana?..lalalalaa=..=""

    BalasPadam
  5. waa...btuah la si posh bersuamikan lelaki plg seksi kat dunia huhu

    BalasPadam
  6. mcm mna klu llaki sexy??hikhikhik..oh,dia mmg hensemm..oh nooo..bergetar jantung ini,kihkihkih(bluerkkk)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...