ituini. Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 23 Februari 2012

Aznil Hj Nawawi Akan Dilantik Jadi Senator

Dr Abu Hassan yang juga juri tetap program Pilih Kasih, semalam mencadang beberapa nama warga seni yang pada perkiraannya mampu mengambil alih suara Jins Samsuddin sebagai Senator di Dewan Negara.

Katanya juga, industri kreatif memerlukan suara untuk pihak penggubal akta atau pelaksana kerja-kerja negara turut mendengar apa yang harus diperkatakan oleh wakil industri kreatif. Aznil Nawawi, Rosyam Nor, Eirma Fatima, Aziz M Osman dan Datuk Faridah Merican antara yang disebut-sebutnya di dalam perkiraannya selaku pemerhati politik dan hiburan Malaysia.

Cadangan itu disambut baik oleh pengacara popular Akademi Fantasia, Aznil Nawawi yang menghargai perkiraan Dr Abu Hassan yang melihatnya sebagai antara yang memiliki kelayakan menjadi wakil suara industri kreatif.

Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif.

“Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.

Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal,” kata Aznil.

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang. Baginya ia satu tanda aras belum kita nampak dalam pencapaian kemajuan bidang ini sejak negara mensasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia Maju. [sumber]

*Cuak aku..Tolong bahagian artis..tolong bahgian umno sekali.umno dah nazak dah tu..kih kih kih

1 Pengkritik Yang Cuak:

  1. wah..untung laa paknil kalau jadi senator..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...