Bekas penjaga gol England, Chris Kirkland (gambar) ditumbuk sehingga
tumbang oleh penceroboh padang ketika perlawanan Liga Kejuaraan antara
Sheffield Wednesday dan Leeds, kelmarin.
Kirkland yang dibolosi gol penyamaan minit ke-77 ketika Leeds
bangkit untuk seri 1-1 dalam pertemuan tetangga Yorkshire di
Hillsborough, diserang seorang peminat yang tiba-tiba muncul dari
sebelah penyokong Leeds dan menumbuk muka penjaga gol berusia 31 tahun
itu.
“Saya merasa malu menjadi pengurus apabila melihat insiden berkenaan. Bagi saya ia
amat memalukan,” kata pengendali Leeds, Neil Warnock. “Mereka harus
tangkap lelaki itu, dakwa dan sumbat dalam penjara.”
Selain insiden berkenaan, perlawanan itu turut dicemari insiden keganasan penonton apabila penyokong membaling botol ke dalam padang, manakala pengendali Wednesday, Dave Jone diejek atas dakwaan jenayah digugurkan pada 2000.
“Mereka seperti binatang,” kata Jones yang turut menyelar Warnock dan pemain Leeds kerana menunjukkan penghargaan kepada penyokong lawan selepas perlawanan.[b.harian]