Sebuah restoran baru Perancis di bandar raya ini berkata, ia akan
membuang mangkuk kencing lelaki berbentuk mulut wanita berlipstik dari
premis itu ekoran bantahan orang ramai.
Restoran berkenaan, Ananas Bar dan Brasserie juga memohon maaf kerana
mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Menurutnya,
mangkuk itu ciptaan artis Belanda, Meike van Schijndel, biasa digunakan
di Eropah.
“Kami memohon maaf sekiranya ia menyebabkan rasa tidak puas hati. Kami akan menanggalkannya hari ini,” kata jurucakap restoran mewah itu yang dibuka tiga minggu lalu.
Pengulas makanan akhbar Sydney Morning Herald menyifatkan mangkuk
kencing itu sebagai ‘tidak mengejutkan.’ Bagaimanapun, aktivis wanita
dan bekas penasihat politik, Anne Summers berkata, rekaan itu
menjijikkan.“Sikap membenci wanita begitu berleluasa dan ini adalah satu contohnya,” kata Anne.[metro]