Misteri kemunculan seekor labi-labi gergasi yang sering dilihat
penduduk Kampung Pucangarum di sini akhirnya terjawab selepas haiwan itu
ditangkap ketika cuba menyeberangi Sungai Bengawan Solo.
Malah beberapa penduduk tempatan terpaksa bekerja keras untuk
menangkap labi-labi seberat kira-kira 100 kilogram tersebut dan
membawanya ke darat sebelum dipamerkan kepada orang ramai.
Menurut seorang penduduk kampung, Darun, labi-labi gergasi berwarna
perang itu mempunyai ukuran panjang 1.4 meter dan lebar 93 sentimeter.
Katanya, haiwan amfibia itu dipercayai berusia beratus-ratus tahun berdasarkan warna kulitnya."Pada mulanya, kami hanya melihat kepalanya dan penduduk kampung tidak berani untuk menangkapnya," katanya kepada beritatajim.com.
Darun bersama empat rakannya, Wito, Sarijan, Purdi dan Kusni terpaksa
memanggil lebih ramai penduduk untuk membantu mereka menangkap
labi-labi tersebut sebelum membawanya ke darat.
Malah semasa mengangkat labi-labi itu keluar dari air, seorang
penduduk kampung yang dikenali sebagai Kasan mengalami kecederaan di
bahagian tangan akibat digigit haiwan itu.
Beberapa penduduk kampung mendakwa, mereka sering melihat labi-labi
gergasi itu sebelum ini, namun hanya untuk tempoh yang singkat.[utusan]
Habislah labi-labi ni...
BalasPadamHabislah.. Jadi sup la nie..hehe
BalasPadam