Penyanyi rap Korea Selatan, Psy menghiburkan para peminatnya pada pagi semalam, lapor akhbar The Herald Sun.
Beribu-ribu peminat membanjiri Martin Place di sini untuk menyaksikan
persembahannya selepas dia popular dengan tarian kuda menerusi muzik
video Gangnam Style di laman YouTube.
Kebanyakan peminat mula berada seawal pukul 1 pagi pada waktu tempatan.Psy membuat persembahan itu ketika dia menghadiri program Sunrise terbitan stesen televisyen Channel 7.
Bagaimanapun, Psy tidak membuat tarian kuda.Sebaliknya, dia membuat tarian beruang panda dan kanggaru.
"Ini (tarian itu) merupakan tarian yang baharu (buat peminat-peminat
di luar negaranya) tetapi di Korea Selatan, ia merupakan rentak tarian
Psy yang lain."Saya membuat tarian itu pada setiap masa," kata Psy.
Menurutnya, dia menghabiskan banyak masa dengan pereka tarinya untuk menghasilkan tarian tersebut.Muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 480 juta kali di YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu.
Sebelum ini dia pernah membuat konsert percuma di Seoul, Korea Selatan bagi menghargai sokongan para peminatnya.[kosmo]
*mungkin selepas ini tarian kambing,kerbau dan lembu...