Satu pasukan antarabangsa terdiri daripada
angkasawan profesional dan amatur, mengumumkan penemuan sebuah planet
baru yang diterangi dengan empat matahari, penemuan fenomena pertama
seumpamanya.
Planet yang terletak sejauh kira-kira 5,000 tahun cahaya dari Bumi
itu dinamakan sebagai PH1 sebagai penghormatan kepada program Planet
Hunters yang diketuai oleh Universiti Yale di Amerika Syarikat (AS) yang
mengambil sukarelawan untuk mencari tanda-tanda kewujudan planet baru.
PH1 mengorbit dua matahari dan sepasang lagi bintang mengorbitnya dari jarak jauh.Menurut penyelidik, hanya enam planet yang diketahui mengorbit dua
bintang dan tidak ada daripada planet tersebut yang diorbit oleh bintang
lain.
"Sistem pergerakan planet adalah ekstrem seperti pembentukan planet,"
kata Meg Schwamb dari Universiti Yale yang mengetuai pembentangan
kertas kerja dalam mesyuarat tahunan di Jabatan Sains Planet Masyarakat
Astronomi Amerika di Nevada, semalam.
Saintis rakyat AS, Kian Jek dan sukarelawan program Planet Hunters, Robert Gagliano adalah orang pertama yang menemukan PH1.
Penemuan itu kemudiannya disahkan oleh satu pasukan penyelidik AS dan Britain yang bertugas di Hawaii.Saiz PH1 adalah 6.2 kali lebih besar daripada Bumi dan planet itu
mengorbit sepasang bintang yang masing-masing 1.5 dan 0.41 lebih besar
daripada matahari.
Dua bintang yang mengorbit PH1 terletak pada kedudukan kira-kira 1,000 kali lebih jauh daripada jarak Bumi dan matahari.[utusan]