Seorang gadis Britain berusia 12 tahun diterima
menganggotai komuniti IQ tinggi tertua dan terbesar di dunia, Mensa,
selepas dia didapati lebih bijak daripada Albert Einstein dan Stephen
Hawking.
Olivia Manning yang berasal dari Liverpool, memperolehi 162 mata dalam ujian IQ, iaitu di atas purata 100 mata.
Pencapaian yang diperolehinya itu bukan sahaja dua mata lebih tinggi
daripada ahli fizik Jerman, Einstein dan Profesor Hawking, tetapi juga
meletakkannya dalam kalangan satu peratus manusia paling bijak di dunia.
Dia kini diberi penghormatan untuk menganggotai Mensa, sekali gus
membolehkannya menyertai rangkaian orang-orang pintar di seluruh dunia.
Selepas disahkan sebagai genius, Manning juga kini telah menjadi selebriti di sekolahnya, North Liverpool Academy di Everton.
"Kini semakin ramai orang datang menemui saya untuk meminta bantuan menyelesaikan kerja sekolah mereka.
"Saya sememangnya sukakan cabaran yang boleh membuatkan otak saya terus berfikir," katanya.Manning yang tinggal di Norris Green mengaku mempunyai cara untuk
cepat memahami atau mengingati sesuatu maklumat baru, tetapi dia turut
terkejut dengan keputusan ujian IQ yang dijalaninya.[utusan]