Orang ramai gempar dan sesetengahnya pitam selepas seorang lelaki
yang disahkan mati, tiba-tiba muncul di majlis perkabungan di rumah
keluarganya, semalam.
Pencuci kereta, Gilberto Araujo, 41, tidak menyangka waris dan
keluarganya bersedih ‘meratapi’ kematian itu walaupun dia sebenarnya
tidak mati.
“Seorang rakan memberi tahu, keluarga saya menanam keranda berisi saya di dalamnya,” katanya.Ekoran kemunculan Araujo, siasatan dijalankan bagi menentukan siapa sebenarnya lelaki yang dikebumikan di Alagoinhas di negeri Salvador de Bahia itu.
Sementara itu, saksi berkata, orang ramai bertempiaran lari sebaik saja melihat Araujo datang ke rumahnya. Katanya, beberapa wanita juga pitam kerana terkejut. Ibu Araujo, Marina Santana, mengakui amat gembira apabila mengetahui anaknya masih hidup.
“Ibu mana yang tidak gembira apabila melihat anaknya selamat selepas
diberi tahu dia kononnya meninggal dunia?” katanya.[metro]