Harga kacang soya yang terus melonjak menyebabkan pengusaha tauhu dan
tempe di Jakarta dan bandar di sekitarnya memberi kata dua kepada
kerajaan - kawal kenaikan harga atau mereka akan berdemonstrasi lagi.
Pada Julai lalu, mereka bertindak menghentikan pengeluaran tauhu dan
tempe selama tiga hari serta mengadakan demonstrasi menuntut kerajaan
mengawal kenaikan harga kacang soya.
Kacang soya adalah bahan mentah utama pembuatan tauhu dan tempe, iaitu makanan harian kegemaran kebanyakan penduduk Indonesia yang berjumlah 240 juta orang, namun sebahagian besar bekalannya terpaksa diimport bagi menampung keperluan dalam negeri.
Pada masa ini harga kacang soya di Indonesia dilapor berlegar antara Rp7,300 hingga Rp7,900 sekilogram dan kerajaan dilapor hanya sanggup mengawal harganya pada kadar Rp7,000 sekilogram.
Para pengusaha pula mahu harga itu dikawal pada kadar Rp5,500 sekilogram bagi membolehkan mereka meneruskan pengeluaran seperti biasa.
Ketua Koperasi Tauhu Tempe Indonesia (Kopti) cawangan Jakarta Suharto berkata kira-kira 50,000 pengusaha makanan itu akan berdemonstrasi jika tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan.
Mereka merancang mengadakan tunjuk perasaan di depan Istana Merdeka, iaitu pejabat Presiden Indonesia dan di luar Dewan Perwakilan Rakyat, Parlimen Indonesia pada pertengahan bulan ini.Suharto tidak menolak kemungkinan pengusaha juga akan bertindak menghentikan pengeluaran mereka.
Katanya 115,000 pengusaha tauhu dan tempe yang bernaung di bawah Kopti menuntut kerajaan melaksanakan tiga perkara iaitu mengawal sistem perniagaan kacang soya melalui Badan Urusan Logistik (Bulog), mengehadkan kuota import kacang soya dan menstabilkan harga kacang soya.
Beliau berkata ratusan rumah pengusaha tauhu dan tempe kini berisiko disita kerana mereka tidak dapat membayar tunggakan hutang pembelian kacang soya itu, sementara koperasi pula tidak mampu untuk membantu kerana jumlah wang yang terlibat adalah besar.[sinar]